Sunday, November 30, 2008

Aktiviti "Untukmu Rakyat"

Tanggal 14 November 2008 (Jumaat), satu program anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilaksanakan di Tapak Pasar Tani Presint 2 Putrajaya. Program tersebut merangkumi tiga elemen utama iaitu Penerbitan Bestari, Audio Bestari dan Layar Bestari. Ramai pengunjung yang datang di kaunter bagi mendapatkan bahan-bahan penerbitan jabatan secara percuma. Bahan penerbitan yang paling mendapat sambutan ialah poster Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri, buku bajet 2009, buku rukunegara dan maklumat kempen yang telah dilaksanakan oleh jabatan. Program ini duilaksanakan mulai jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 malam.